Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kapal tangki bersauh tanpa kebenaran ditahan di perairan Tanjung Penyusup


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





KOTA TINGGI, 19 Jun (Bernama) -- Sebuah kapal tangki  yang berdaftar di Panama, ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) ketika  berlabuh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Penyusup, Pengerang, di sini, petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili Kepten Maritim Zulfadli Nayan berkata kapal tangki tanpa muatan itu ditahan kapal peronda Maritim Malaysia pada kedudukan empat batu nautika timur Tanjung Penyusup.

"Penahanan dilakukan setelah mendapati kapal tangki tersebut gagal mengemukakan sebarang surat kebenaran bersauh dari Pengarah Laut," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. 

Zulfadli berkata kapal berkenaan dikendalikan 12 orang kru lelaki termasuk nakhoda kapal, berumur antara 50 hingga 54 tahun membabitkan setiap satu warganegara dari Bangladesh, India dan Indonesia manakala sembilan yang lain warganegara Myanmar.

Kes itu disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 Seksyen 491B(1)(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut. 

Jika didapati bersalah, boleh didenda RM100,000 atau penjara tidak melebihi  dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut Zulfadli, Maritim Malaysia memandang serius terhadap pematuhan undang-undang malah akan terus memastikan  perairan negara khususnya di perairan Johor sentiasa selamat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel