I9Of12dZU0o Kehadiran ke sekolah merosot akibat penyakit
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kehadiran ke sekolah merosot akibat penyakit


Tarikh kemaskini: 19/06/2019




Senyap dan sunyi.
Itu gambaran keadaan penempatan di Sungai Berua, di sini berikutan perpindahan Orang Asli suku Semaq Beri ekoran kegusaran terhadap penyakit yang menular sejak dua minggu lalu.

Tinjauan Bernama di kawasan tersebut hari ini mendapati bukan sahaja kebanyakan rumah ditinggalkan tetapi juga ramai murid tidak ke sekolah kerana mengikut ibu bapa mereka ke hutan berhampiran termasuk di sekitar Kampung Gerdong.

Rekod terbaru mencatatkan hanya 17 daripada 104 murid Orang Asli Semaq Beri ke Sekolah Kebangsaan Sungai Berua, di sini.

Guru Besar sekolah terbabit Nor Suhaimi Abdul Latif berkata keadaan tersebut adalah paling teruk yang pernah dihadapi pihaknya sejak ia mula dibuka 1980an.

Sekolah yang mempunyai 12 guru termasuk Guru Besar dan dua pekerja am itu didapati melakukan aktiviti mengajar seperti biasa dan sesetengah guru memainkan peranan mengunjungi rumah ke rumah untuk memanggil pelajar ke sekolah sejak awal pagi. 

Nor Suhaimi berkata situasi sekolah bagaikan sunyi secara tiba-tiba itu bermula selepas Aidilfitri lalu dan ia semakin meruncing apabila ibu bapa memilih membawa anak-anak keluar ke hutan secara berperingkat.

Katanya pelajar yang hadir ke sekolah itu adalah daripada keluarga yang memilih untuk terus tinggal di Sungai Berua dan hanya bapa mereka yang keluar ke hutan untuk mencari rotan.

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel