Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

SPRM Kedah pantau pengurusan atasan GLC negeri


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





ALOR SETAR, 19 Jun (Bernama) -- Pihak pengurusan atasan di beberapa syarikat berkaitan kerajaan  (GLC) negeri ini berada dalam pemantauan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah.

Pengarah SPRM negeri Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata ada antara mereka sudahpun disiasat dan ada yang akan disiasat, bergantung kepada keadaan dan kepentingan kes tersebut.

“SPRM sentiasa menerima maklumat berhubung perkara itu termasuk di agensi kerajaan negeri lain setiap tahun, namun kes yang menjadi keutamaan akan diambil tindakan terlebih dahulu.

“Ada maklumat yang kita baharu terima kelmarin, ada yang sedang kita siasat dan ada yang belum kita siasat. Kita ikut keutamaan kes, kita agihkan kes mana perlu segera diambil tindakan, kerana jika kita lambat ambil tindakan dikhuatiri akan menjejaskan siasatan,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri SPRM Kedah di sini, hari ini.

Katanya, selain dakwaan salah guna kuasa dan rasuah, pihaknya turut menerima maklumat mengenai salah laku membuat tuntutan palsu.

Shaharom Nizam bagaimana pun tidak mendedahkan GLC itu dan bilangan individu yang terlibat.

Dalam pada itu, Shaharom Nizam berkata sebanyak 11 kes yang dikendalikan SPRM Kedah berjaya dihadapkan ke mahkamah, melibatkan nilai melebihi RM1.2 juta bagi tempoh Januari sehingga semalam.

“Daripada 11 kes tersebut, 10 kes membabitkan kesalahan membuat tuntutan palsu, dan satu kes di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel