Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KM Sarawak digesa tarik balik arahan tidak benar KMKK hadir program PH


Tarikh kemaskini: 19/06/2019




KUCHING, 19 Jun (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan kerajaan Sarawak digesa supaya menarik balik arahan yang tidak membenarkan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) untuk hadir ke program bukan anjuran kerajaan negeri itu.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tanjong Manis Datuk Seri Abang Aditajaya Abang Alwi berkata arahan terbaharu kerajaan Sarawak itu harus ditarik balik secepat mungkin sebelum ia melarat sehingga menjejaskan hubungan baik kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

“Berbeza dengan Pakatan Harapan (PH), walaupun menjadi kerajaan persekutuan, tiada sebarang usaha dari pihak kami untuk menghalang mana-mana rakyat atau pemimpin kami menyertai majlis kelolaan kerajaan Sarawak.

“Kami terbuka demi kesatuan dan kepentingan rakyat Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Satu memorandum, bertarikh 11 Okt 2018 mengenai larangan tersebut telah dikeluarkan kepada semua Pejabat Residen di 12 bahagian pentadbiran Sarawak oleh Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel