Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Orang Asli Kampung Pasir Linggi ambil langkah perlu elak penyakit


Tarikh kemaskini: 19/06/2019




GUA MUSANG, 19 Jun (Bernama) -- Lebih 300 penduduk Orang Asli suku Batek di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir di sini, bersyukur kerana mereka bebas daripada jangkitan kuman demam campak dan sentiasa menjaga kebersihan. 

Kebimbangan dengan penularan penyakit berjangkit itu juga mereka bersepakat mengambil langkah kuarantin sendiri dengan mengehadkan perjalanan keluar dari kampung itu khususnya ke Kampung Kuala Koh yang diserang wabak penyakit berkenaan. 

Penghulu Kampung Pasir Linggi, Ramli Bebas berkata, walaupun ada penduduk kaum itu mempunyai  talian persaudaraan dengan kaum suku Batek di Kampung Kuala Koh, tetapi dinasihatkan jangan menziarah mereka buat sementara waktu ini. 

Beliau berkata, mereka tidak dihalang untuk keluar mencari rezeki di hutan tetapi mengehadkan jarak perjalanan mereka jangan sampai ke sempadan kampung terbabit yang dilanda wabak penyakit berjangkit merbahaya itu. 

"Nampaknya, mereka setakat ini mematuhi nasihat itu kerana kita bimbang ada jangkitan penyakit itu yang boleh memudaratkan mereka sendiri," katanya kepada pemberita selepas program gotong-royong membersih Kampung Pasir Linggi, di sini hari ini. 

Gotong-royong membersih kampung itu disertai lebih 100 penduduk di kawasan penempatan Orang Asli itu.

Wabak demam campak di Kampung Kuala Koh sejak lebih sebulan lalu dipercayai mengakibatkan  beberapa kematian dan 112 orang lagi menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM) dan klinik kesihatan berhampiran, dengan 37 daripada mereka didapati dijangkiti wabak itu. 

 Ramli berkata, penduduk kampung itu juga telah mengambil langkah segera menerima rawatan apabila merasakan diri tidak sihat.

"Kita buat gotong-royong hari ini juga atas idea dan semangat penduduk itu sendiri kerana mahu jaga kebersihan kampung,"katanya. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel