Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM tahan dua nelayan Thai tangkap ikan tanpa permit


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





GEORGE TOWN,19 Jun (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan dua nelayan warga Thailand kerana tidak memiliki permit sah untuk bekerja di atas bot nelayan tempatan di jarak 2.7 kilometer dari barat Kuala Muda, dekat sini semalam.

Pengarah APMM negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun hari ini berkata dua lelaki berusia 30 tahun itu ditahan sedang bekerja atas bot nelayan tempatan kelas A oleh bot peronda APMM kira-kira pukul 11.00 pagi.  

Bot itu bersama dua nelayan itu dan hasil tangkapan mereka dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban untuk siasatan dan tindakan lanjut.  

Katanya, kes itu disiasat menurut  Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu pemilik bot tidak mengusahakannya sendiri dan Akta Imigresen 1963 kerana tidak mempunyai kebenaran bekerja di perairan Malaysia.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel