Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Empat pelacur Thailand ditahan di Butterworth


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





BUTTERWORTH, 19 Jun (Bernama) -- Polis menahan empat wanita warga Thailand kerana terlibat dalam aktiviti pelacuran di sebuah hotel di sini yang dijadikan sebagai pusat pelacuran didalangi warga tempatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan sejak seminggu lepas, polis menyerbu hotel itu kira-kira pukul 1 tengah hari sebelum berjaya menahan empat wanita berusia 22 hingga 30 tahun itu.

"Polis merampas lima telefon bimbit pelbagai jenama dengan aplikasi media terpapar nama samaran pemilik akaun disyaki terlibat dengan urusan kegiatan pelacuran, pelanggan hanya perlu menempah menerusi aplikasi tersebut," katanya di sini hari ini.

Katanya selain itu, polis turut merampas tujuh gulung tisu, 42 keping kondom pelbagai jenama, tiga botol gel pelincir dan sebuah buku catatan serta sejumlah wang tunai. Kesemua wanita itu didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka dan dibayar bermula RM100 bagi setiap perkhidmatan seks.

"Polis sedang mengesan dalang sindiket berkenaan dan kami percaya lelaki yang telah dikenal pasti identiti itu merupakan bapa ayam, malah dia bergerak aktif di sekitar negeri ini," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel