Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jangan jadi hamba maklumat - Kerk


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





MELAKA, 19 Jun (Bernama) -- Rakyat tidak harus menjadi 'hamba' kepada maklumat yang diterima dan disebarkan tanpa berfikir panjang, kata Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Belia dan Sukan Melaka, Kerk Chee Yee.

Beliau berkata dalam era maklumat di hujung jari ini, rakyat perlu menjadi seorang pemimpin yang boleh mempengaruhi pandangan rakyat di peringkat akar umbi dan boleh membuat penilaian terhadap sesuatu maklumat serta lebih bertanggungjawab dalam mencipta dan menyebarkan maklumat terutama di media sosial.

"Dalam era maklumat ini adalah penting bagi kita untuk mendapatkan berita yang betul lagi tepat.  Ini kerana maklumat adalah alat bagi manusia untuk menjadi lebih cemerlang dan berusaha gigih ke arah kebaikan.

"Marilah kita menjadi pemimpin yang boleh mempengaruhi, yang boleh menukar maklumat kepada ilmu, yang membantu kita ke arah mencapai kehidupan lebih baik," katanya kepada Bernama.

Kerk berkata, media, terutama media arus perdana, sepatutnya menjadi sumber rujukan bagi rakyat sekiranya mereka berasa ragu-ragu terhadap sesuatu maklumat tertentu.

"Untuk mengetahui kesahihan (maklumat) selalulah merujuk kepada media arus perdana, semua media mesti berusaha ke arah amalan berwibawa. Sebarang berita yang disensasikan tanpa sebarang alasan tidak boleh dikongsi dan disebarkan,” kata beliau.

Bagi beliau, terdapat banyak jabatan dan agensi termasuk agensi kerajaan yang berusaha untuk memberikan berita yang tepat lagi benar, terutama melibatkan dasar-dasar kerajaan yang dilaksanakan untuk membantu mereka.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     

Semua sekolah di Putrajaya dibuka esok

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel