Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Buat tuntutan palsu baik pulih sungai, dua lelaki direman


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





IPOH, 19 Jun (Bernama) -- Dua individu direman enam hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu untuk kerja-kerja membaik pulih sungai oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Perak Tengah tahun lepas.

Majistret Nurul Hafizah Mohammad Pauzi membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar penolong jurutera berusia 58 tahun dan kontraktor berumur 57 tahun direman sehingga Isnin depan.

Mereka direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 18(A) Akta SPRM 2009.

Semalam, SPRM menahan kedua-dua individu itu bersama dua lagi iaitu seorang pegawai kanan JPS berusia 47 tahun dan seorang penolong jurutera berusia 49 tahun pada pukul 7.20 malam di Pejabat SPRM Perak di Meru di sini. 

Bagaimanapun, dua lagi individu berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Mereka disyaki terlibat dengan tuntutan mengandungi maklumat palsu tahun lepas bagi kerja-kerja membaik pulih sungai oleh JPS Daerah Perak Tengah dengan sebut harga  hampir RM720,000, namun tiada sebarang kerja membaik pulih dilaksanakan di tapak tebing sungai sehingga hari ini.

Mereka disyaki berpakat dengan kontraktor yang dikatakan kroni kepada pegawai dan kakitangan JPS Perak yang telah menerima bayaran penuh.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel