Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UniMAP tersenarai antara universiti terbaik dunia


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





KANGAR, 19 Jun (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) buat pertama kali sejak 17 tahun penubuhannya, menempatkan diri dalam kelompok kedudukan 701-750 universiti terbaik dunia.

Menurut laporan QS World University Rankings 2020, UniMAP juga merupakan antara dua universiti dalam Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang disenaraikan antara 1,000 universiti terbaik dunia selain Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang berada pada kedudukan 751-800.

Naib Canselor UniMAP Prof Dr R. Badlishah Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata ia pencapaian terbaik universiti itu selaras dengan sasaran Pelan Strategik UniMAP 2015-2020 untuk berada dalam kelompok universiti terbaik dunia pada 2020.

“Pencapaian ini adalah cerminan tahap komitmen dan dedikasi warga kerja UniMAP dalam meletakkan fokus terhadap hasil produktiviti warga kerjanya secara menyeluruh sejak ia ditubuhkan pada 2002.

“Ini termasuk pengajaran yang cemerlang, penyelidikan yang berimpak serta usahasama industri terutama dalam menghasilkan graduan yang memenuhi keperluan industri dan menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel