Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penganggur mengaku salah sembunyi harta warga emas


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





MELAKA, 19 Jun (Bernama) -- Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyembunyikan harta bernilai RM60,000 milik seorang warga emas, tahun lepas. 

Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim menetapkan 12 Ogos untuk lantikan peguam dan menjatuhi hukuman terhadap Robaiah Zainudin, 59.

Muhammad Nazrin membenarkan tertuduh yang memakai baju kurung berwarna hijau diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh jatuh hukum itu.

Wanita itu didakwa memyembunyikan harta itu melalui akaun Hong Leong miliknya iaitu wang hasil penghantaran parcel tidak wujud daripada mangsa seorang wanita berusia 63 tahun. 

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Bank Hong Leong Jalan Munshi di sini pada 4.15 petang, 8 Nov 2018 mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketika ditanya majistret, tertuduh mengakui pernah memberi nombor akaun kepada isteri rakannya selepas diberitahu wanita itu tidak boleh membuka akaun bank baharu dan selepas itu dia tidak tahu apa yang terjadi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Lyiana Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel