Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hospital Kota Marudu antara tertinggi guna bekalan darah di Sabah


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





KOTA MARUDU, 19 Jun (Bernama) -- Hospital Kota Marudu merupakan antara hospital di negeri ini yang paling banyak menggunakan bekalan darah iaitu kira-kira 300 pain setiap bulan, kebanyakannya bagi menampung keperluan pesakit talasemia.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata pada masa kini, seramai 128 pesakit talasemia memerlukan darah di hospital itu.

Katanya keperluan ini kritikal jika para penderma  tidak tampil menderma darah secara tetap dan terhenti begitu sahaja.

Justeru, beliau menggalakkan masyarakat agar terus menderma darah secara berterusan demi kesinambungan bekalan darah di hospital kerajaan tidak berkurangan.

"Bekalan darah di seluruh hospital kerajaan kritikal dan bekalan darah diperlukan bagi menangani kes kecemasan seperti kemalangan jalan raya, ibu bersalin dan juga kegunaan pesakit yang memerlukan penambahan darah," katanya ketika merasmikan Karnival Derma Darah Mega di sini, semalam.

Beliau berkata penganjuran kempen derma darah oleh agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan penting dalam memastikan bekalan darah di hospital mencukupi. 

Sementara itu, pengerusi penganjur karnival itu Dr Nur Nazirah Mohd Saleh berkata program sehari itu merupakan lanjutan daripada program derma darah mega dan sempena memperingati hari penderma darah sedunia.

Katanya sebanyak 352 pain darah berjaya dikumpulkan pada karnival itu berbanding pada penganjuran sama tahun lepas yang mengumpul 320 pain darah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel