Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis rampas dadah bernilai lebih RM50,000 di Miri


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





MIRI, 19 Jun (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki tempatan serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM57,500 dalam satu operasi antidadah di tepi jalan menuju ke Kampung Lopeng, Jalan Miri-Bintulu pukul 10.50 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, suspek berusia 33 tahun yang berasal dari Kampung Seberang Kedai, Limbang ketika ditahan didapati memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 31.26 gram disimpan dalam satu peket plastik dan ditemui  dalam poket seluar suspek.

"Suspek pada hari yang sama pukul 6.30 petang telah membawa polis ke bilik sewa hotel suspek dan menjumpai 5,100 gram  dadah sintetik iaitu Methyl?enedioxy?methamphetamine (MDMA)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lim berkata, selain dadah polis turut merampas Pasport Terhad Ke Brunei Darussalam milik suspek serta kad askes pintu bernombor siri.

"Ujian saringan awal mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya sambil menyatakan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel