Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat tanpa pakaian ditemukan terapung


Tarikh kemaskini: 19/06/2019





LANGKAWI, 19 Jun (Bernama) -- Satu mayat dipercayai lelaki ditemukan terapung pada kedudukan lebih kurang 0.1 batu nautika Tenggara Pulau Bumbun Besar, dekat sini petang semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Rozali Said berkata mayat itu ditemukan oleh seorang nelayan yang sedang menangkap ikan di lokasi berkenaan pada 5 petang.

“Sebuah bot Maritim Malaysia telah diatur gerak ke tempat kejadian sebaik menerima laporan mengenai penemuan mayat tersebut.

“Mayat yang ditemui dalam keadaan tidak berpakaian itu kemudian dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Bukit Malut sebelum diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rozali turut meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta untuk menghubungi Pusat Operasi Maritim Langkawi di talian 04-9662750.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel