Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sabah laksana projek premis burung walit, tingkat pendapatan rakyat


Tarikh kemaskini: 18/06/2019





KOTA KINABALU, 18 Jun (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah akan melaksanakan Projek Premis Burung Walit Sentuhan Rakyat, sebagai usaha menjana ekonomi sekali gus meningkatkan pendapatan rakyat untuk jangka masa panjang, kata Menterinya Datuk Junz Wong.

Katanya projek itu akan memberi pulangan berterusan kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dengan mudah, menerusi penternakan burung walit dan ia disasarkan dilaksanakan di kawasan bersesuaian di seluruh Sabah.

“Pada tahun ini, seramai 150 golongan sasar akan berpeluang memiliki rumah burung walit. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah akan memantau premis burung walit yang telah dibina, sehingga burung bersarang.

"Projek burung walit adalah bidang agak mudah, kerana burung akan mencari makan sendiri selain ia boleh diintegrasi dengan tanaman kekal seperti getah dan buah-buahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Junz Wong berkata pemohon projek premis burung walit sentuhan itu perlu mematuhi syarat ditetapkan, termasuklah mereka mesti dalam golongan B40, berumur 18 tahun ke atas, dan merupakan warganegara Malaysia berasal dari Sabah.

“Pemohon juga mesti mempunyai tanah bergeran atau tanah hak adat Bumiputera, dan permohonan tanah diberikan surat pengesahan hak milik oleh Penolong Pemungut Hasil Tanah,” katanya.

Disamping itu, Junz Wong berkata, tapak dicadang mesti mempunyai kemudahan jalan raya, elektrik dan air yang disediakan sendiri oleh pemohon.

“Kawasan dicadang juga perlu termasuk dalam zon padat populasi burung walit, untuk memastikan kejayaan projek ini,” katanya.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Unit Walit dan Aneka Ternakan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah, katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel