Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KAFA belum terima surat peletakan jawatan Bibi Ramjani


Tarikh kemaskini: 18/06/2019





KOTA BAHRU, 18 Jun (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) belum menerima surat peletakan jawatan Bibi Ramjani Ilias Khan sebagai presiden persatuan itu, selepas mengumumkannya menerusi Facebook rasminya hari ini.

Timbalan Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah berkata beliau sendiri hanya mengetahui perkara tersebut, melalui media sosial yang kini tular.

"Setakat ini tiada surat bertulis yang diberikan presiden, kepada urusetia KAFA bagi memaklumkan perkara tersebut. Jika betul peletakan jawatan, ia perlu dilakukan secara rasmi (bertulis) kepada kami,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hari ini Bibi Ramjani mengumumkan melepaskan jawatan presiden KAFA selepas dipilih sebagai presiden pada Kongres Tahunan KAFA kali ke-63 pada 17 Sept 2017.

Afandi berkata sekiranya pihaknya menerima surat rasmi berhubung peletakan jawatan itu satu mesyuarat Exco akan dipanggil bagi membincangkan perkara berkenaan.

 -- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel