Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perlawanan amal JDT All Star sasar kutipan dana RM500,000 


Tarikh kemaskini: 18/06/2019





JOHOR BAHRU, 18 Jun (Bernama) -- Perlawanan Amal Johor Darul Ta’zim (JDT) All Star hujung bulan ini yang bakal menyaksikan penyertaan beberapa lagenda bola sepak dunia seperti Ronaldo, disasarkan mampu mencapai kutipan dana berjumlah RM500,000.

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Datuk Ismail Karim berkata 18,000 tiket akan mula dijual esok sehingga hari perlawanan iaitu pada 30 Jun, menerusi kaunter-kaunter  tiket di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos, Larkin dan atas talian.

Beliau berkata harga-harga tiket yang ditawarkan adalah serendah RM20 bagi Zon A dan B, RM30 bagi Zon C, manakala RM50 bagi Grandstand di stadium berkenaan.

Katanya perlawanan amal itu adalah cetusan idea Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dan ia merupakan satu cetusan idea yang murni.

“Kita jangka akan dapat pungutan dana berjumlah RM500,000 jika stadium penuh dan kita akan agihkannya (hasilnya) kepada tiga organisasi kanser dan untuk cabutan bertuah,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Teknikal JDT Alistair Edward, Setiausaha Kehormat PBNJ Kapten Mohd Anizam dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ)  Mohd Shahrin  Rahmat.

Ismail berkata tiga badan amal berkenaan adalah Woman’s Aid Organisation, National Cancer Society of Malaysia dan YKTLJ.

Menurutnya, perlawanan amal itu  akan menyaksikan dua pasukan bertarung iaitu  antara pasukan  JDT TMJ dan JDT Rest Of the World.

Antara pemain lagenda bola sepak dunia  yang akan beraksi bersama-sama Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah Ronaldo, Claudio Caniggia, Robert Pires, Edgar Davids, Rivaldo, Marco Materazzi, Gianluca Zambrotta, Bebeto, Esteban Cambiasso, Claude Makalele dan Florent Malouda. 

Sementara itu, Alistair berkata selain perlawanan amal, klinik bimbingan juga turut diadakan dengan penyertaan pemain Akademi JDT yang berusia antara 11 dan 19 tahun bersama lagenda bola sepak dunia di Padang Seri Gelam selain sesi bertemu peminat di JDT Café  pada 1 Jun.

“Acara ini adalah peluang terbaik kepada peminat dan semua di JDT menyaksikan sendiri beberapa superstar arena sukan bola sepak. Ia juga adalah peluang terbaik kepada pemain akademi kita, kerana bintang bola sepak ini akan turut memberikan tunjuk ajar semasa mengendalikan klinik bola sepak,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel