Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Maqis rampas hampir satu tan ikan bilis dibawa masuk secara haram melalui Butterworth


Tarikh kemaskini: 18/06/2019





BUTTERWORTH, 18 Jun (Bernama) --  Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia  (MAQIS) Pulau Pinang merampas hampir satu tan ikan bilis bernilai RM11,473.06 yang cuba dibawa masuk secara haram di Pelabuhan Kontena Butterworth Utara (NBCT) semalam.

Pengarah MAQIS Pulau Pinang, Zarina Ramli dalam satu kenyataan hari ini berkata ikan bilis seberat 991.34 kilogram itu ditemui di dalam sebuah kontena yang dibawa masuk dari Myanmar yang didapati tidak mempunyai permit import yang sah dari jabatan itu.

“Kami sedang mengesan syarikat yang mengimport ikan bilis itu dan kes berkenaan di siasat menurut  Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 201,” katanya.

Ekoran rampasan itu, beliau menasihatkan semua pengimport untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan kerajaan dalam menjaga biosekuriti negara bagi memastikan setiap hasil pertanian dan produk yang di import  selamat, bersih, berkualiti serta halal.

"Tanggungjawab MAQIS adalah untuk memastikan segala bahan pertanian yang dibawa masuk ke negara ini bebas daripada penyakit dan mempunyai sijil bagi bahan makanan yang berkaitan untuk membolehkan rakyat membeli barangan di pasaran tanpa rasa bimbang," katanya.

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel