Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Taiwan Expo 2019 berlangsung di Pulau Pinang bulan depan


Tarikh kemaskini: 18/06/2019





KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Taiwan Expo 2019 sekali lagi berlangsung di Malaysia, kali ini di Pulau Pinang pada 5 dan 6 Julai depan di Pusat Konvensyen Setia SPICE, berikutan kejayaan penganjurannya selama dua tahun berturut-turut di sini.

Dianjurkan oleh Biro Perdagangan Asing dan Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Negeri Taiwan, acara tersebut menjadi platform bagi rakyat Malaysia untuk mempelajari lebih lanjut mengenai Taiwan, dengan sehingga 88 peratus pengunjung telah menyatakan keinginan untuk melawat Taiwan tahun ini.

Tahun ini, Taiwan Expo telah memilih enam kategori pameran utama khusus dengan hala tuju pembangunan Pulau Pinang, meliputi Industri 4.0, Teknologi Hijau, Penjagaan Perubatan, Produk Halal, Fesyen, Budaya & Pelancongan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, lebih daripada 100 pengeluar akan menyertai pameran tersebut yang menyediakan sebanyak 110 gerai pameran.

Pavilion dengan 12 tema dan dua kawasan pameran, dipilih untuk mengetengahkan kekuatan penyelidikan dan pembangunan kelas dunia Taiwan, keupayaan pengeluaran dan kehebatan pemasarannya.

Selain itu, Pavilion Taiwan Halal & Bubble Tea akan mengukuhkan kerjasama teknikal di Malaysia dan industri halal Taiwan dengan memperkenalkan produk halal terbaik Taiwan kepada Malaysia, bersama-sama dengan sesi perkongsian dan hidangan masakan Nyonya, melalui penggunaan bahan halal Taiwan oleh Chef Selebriti Pulau Pinang, Nurilkarim.

Aktiviti semasa ekspo itu termasuk pertemuan perniagaan, persidangan akhbar, seminar, demonstrasi produk dan persembahan kebudayaan untuk memperkenal rakyat Malaysia kepada pelancongan, pendidikan, budaya dan industri lain Taiwan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel