I9Of12dZU0o Hanya 13 murid Orang Asli Sungai Berua hadir ke sekolah
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hanya 13 murid Orang Asli Sungai Berua hadir ke sekolah


Tarikh kemaskini: 18/06/2019




KUALA TERENGGANU, 18 Jun (Bernama) -- Hanya 13 daripada 109 murid Orang Asli hadir ke Sekolah Kebangsaan Sungai Berua hari ini, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussain.

Beliau berkata hasil tinjauannya ke sekolah itu hari ini mendapati hampir 88 peratus murid tidak hadir kerana mengikut ibu bapa mereka berpindah sementara ke perkampungan Orang Asli berhampiran iaitu di Kampung Gerdong.

"Saya difahamkan perpindahan lebih daripada 150 Orang Asli di Sungai Berua ini bermula sejak dua minggu lepas kerana bimbangkan keselamatan mereka susulan kehadiran beberapa Orang Asli dari Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan ke kampung mereka yang dikatakan lari daripada penyakit setelah ramai meninggal dunia.

"Ketika ini, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu masih dalam proses memujuk mereka untuk pulang semula ke Sungai Berua bagi memastikan pendidikan anak-anak tidak tercicir," katanya kepada pemberita hari ini.

Mengikut rekod sekolah itu, seramai 23 murid layak menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah itu namun yang hadir ke kelas pada minggu ini hanyalah tujuh orang. 

Shafruddin berkata walaupun jumlah kehadiran pelajar sangat sedikit, sesi pembelajaran masih diteruskan seperti biasa.

"Kesemua murid yang hadir diberi penutup mulut dan hidung sebagai langkah pencegahan terhadap risiko jangkitan kesihatan, malah perhimpunan pagi tadi juga mengingatkan mereka agar lebih prihatin dengan kebersihan diri dan kawasan sekitar.

"Pengurusan sekolah juga bekerjasama rapat dengan doktor dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu untuk memantau kesihatan murid yang datang ke sekolah dan mengadakan ceramah kesihatan kepada mereka," katanya.

Terdapat seramai 600 orang tinggal di Sungai Berua dengan 119 ketua isi rumah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel