Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Pasir Mas rampas dadah bernilai RM3.4 juta sehingga Mei


Tarikh kemaskini: 18/06/2019





PASIR MAS, 18 Jun (Bernama) -- Polis Daerah Pasir Mas merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3.4 juta dari Januari sehingga Mei tahun ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Abdullah Muhammad Piah berkata jumlah itu turut membabitkan  rampasan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand berdekatan Rantau Panjang.

"Pil kuda, syabu dan heroin adalah paling banyak dirampas. Ia dipercayai untuk pasaran tempatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Pasir Mas di sini, hari ini.

Mengenai tangkapan penagih dan pengedar di daerah Pasir Mas, Abdullah berkata kebanyakannya berumur antara 15 hingga 60 tahun.

Beliau berkata faktor daerah terbabit yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand serta mudah mendapat bekalan menyebabkan pengedaran dan penagihan dadah aktif.

Dalam perkembangan lain, Abdullah berkata pada 10.30 malam Ahad lepas, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Narkotik IPD Pasir Mas menahan dua suspek disyaki pengedar dadah berumur 30-an dan merampas pelbagai jenis dadah dipercayai bernilai RM11,250 di rumah suspek di Kampung Apa-Apa.

"Hasil pemeriksaan awal terhadap seorang daripada suspek, polis menemui satu peket plastik lutsinar berisi serbuk kristal yang disyaki dadah syabu," katanya. 

Abdullah berkata pemeriksaan lanjut di rumah terbabit, polis menemui tiga botol plastik hitam berisi 15 gram serbuk putih yang disyaki dadah jenis heroin, 14 peket lutsinar ketulan kristal yang dipercayai dadah syabu (30 gram) dan empat peket plastik kecil lutsinar berisi 50 biji pil kuda.

Katanya, kedua-dua suspek yang mempunyai rekod lampau dadah dan positif dadah jenis methamphetamine itu direman tujuh hari bermula semalam hingga 23 Jun dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Usaha promosi produk tempatan melalui e-dagang langkah tepat - Saifuddin

 
     

Pesakit kanser tahap empat tangguh rawatan akibat kekangan kewangan

 
     

Sukarelawan sepenuh masa APM bakal terima perlindungan Perkeso

 
     

Aduan kebersihan tandas KLIA berkurang 80 peratus

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel