Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

DUN Kelantan rakam takziah kepada Allahyarham Morsi


Tarikh kemaskini: 18/06/2019





KOTA BHARU, 18 Jun (Bernama) -- Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini merakamkan ucapan takziah kepada anggota keluarga bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi yang meninggal dunia ketika sedang dibicarakan.

Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya'kub berkata Morsi adalah pemimpin Mesir yang ulung dan dunia Islam kehilangan pemimpin yang hebat.

"Dewan merakamkan takziah kepada keluarga (Morsi) dan rakyat Mesir terutama kepada pendukung Islam," katanya sebelum memulakan sidang DUN Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Dewan turut membacakan al-Fatihah kepada Allahyarham Morsi.

Portal berita hari ini melaporkan Morsi meninggal dunia ketika perbicaraan di mahkamah pada Isnin.

Menurut laporan media tempatan, Morsi rebah selepas penutup sesi perbicaraan di mahkamah dan meninggal dunia sejurus selepas itu.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel