Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bomba tangkap buaya di Kampung Gelam, Song


Tarikh kemaskini: 17/06/2019





SONG, 17 Jun (Bernama) -- Seekor buaya katak sepanjang 2.5 meter dengan ukur lilit 80 sentimeter berjaya ditangkap sebuah tasik di Kampung Gelam dekat sini oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Song hari ini.

Ketua balai, Fredrick Anak Aok berkata bomba menerima panggilan pada 4.01 petang daripada seorang pegawai bomba bantuan selepas buaya itu tersangkut pada mata kail yang dipasangnya di tasik itu.

"Setelah buaya itu berjaya ditangkap, buaya tersebut dibawa balik ke balai dan akan diserah kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) esok untuk tindakan lanjut,” katanya.

Seorang penduduk, Mohd Nur Iman mendakwa beliau merupakan orang pertama melihat kelibat buaya tersebut yang pada mulanya disangkakan seekor ikan.

"Saya ingatkan ikan tetapi kalau ikan kenapa lama sangat timbul. Selepas menyelam selama lima minit ia timbul balik dan menampakkan seluruh badannya… rupa-rupanya buaya," katanya dalam laman Facebook Song, Sarawak.

Seorang pemilik rumah berdekatan tasik tersebut, Zuraida Sarkawi berkata beliau tidak menyangka ada buaya di tasik itu dan menurutnya buaya sudah membiak dengan banyak di Sungai Rajang yang terletak hanya 129 meter dari tasik tersebut.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel