Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

ICA Singapura kesan 3,000 karton rokok seludup dalam lori yang didaftar di Malaysia


Tarikh kemaskini: 17/06/2019





SINGAPURA, 17 Jun (Bernama) -- Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura mengesan 3,000 karton rokok seludup di dalam sebuah lori yang didaftar di Malaysia yang tiba di Pusat Pemeriksaan Woodlands di sini, Sabtu lepas.

ICA dalam satu catatan Facebook yang dikemaskini hari ini berkata pegawai bertugas mula mencurigai lori itu apabila beliau mengesan sesuatu yang tidak kena pada imej yang diimbas dari muatan lori, yang diikrar sebagai “silikon asetik pelbagai guna dan sealant”.

Menurutnya kes yang membabitkan pemandu lelaki dari Malaysia yang berumur 41 tahun itu telah dirujuk kepada pihak Kastam Singapura untuk siasatan lanjut.

“Sempadan kita adalah barisan pertama dalam memelihara keselamatan Singapura,” katanya dan menambah pihaknya akan terus melaksanakan pemeriksaan keselamatan terhadap kenderaan serta penumpang yang tiba, dalam usaha membanteras sebarang percubaan menyeludup.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     

Semua sekolah di Putrajaya dibuka esok

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel