Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Reman suspek bunuh dan sumbat wanita dalam kotak, disambung


Tarikh kemaskini: 17/06/2019





JOHOR BAHRU, 17 Jun (Bernama) -- Dua lelaki yang disyaki terlibat kes wanita dibunuh dengan mayatnya dibuang di dalam kotak dan ditinggalkan di tepi jalan di Kawasan Perindustrian Ringan, Taman Setia Indah, di sini minggu lalu, disambung reman selama enam hari sehingga 23 Jun ini.

Majistret Nur Izzaty Muhammad Zahari mengeluarkan perintah reman itu selepas membenarkan permohonan polis terhadap kedua lelaki berusia 30an itu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pada 10 Jun lepas, seorang wanita berusia 33 tahun ditemukan mati dipercayai dibunuh kekasihnya dengan mayatnya ditinggalkan di tepi jalan tersebut.  

Penemuan mayat berbau busuk ditemukan kira-kira 6.30 petang itu turut merungkai kes ‘Orang Hilang’  sejak 29 Mei lepas.

Susulan itu, dua lelaki berumur 30an ditahan bagi membantu siasatan.

Hasil soal siasat terhadap kedua-dua suspek itu mendedahkan penglibatan mereka dalam pembunuhan berkenaan dan salah seorang dari suspek merupakan kekasih wanita tersebut.  

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel