Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiada masalah kesihatan di perkampungan Orang Asli di Perak


Tarikh kemaskini: 17/06/2019





IPOH, 17 Jun (Bernama) -- Semua perkampungan Orang Asli di Perak berada dalam keadaan terkawal, tanpa sebarang masalah kesihatan dihadapi oleh penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna. Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A.Sivanesan berkata pihaknya telah mengarahkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) untuk meneliti serta memantau rapi aspek kesihatan di semua perkampungan.

Katanya pihak JKN akan menyediakan laporan mingguan berhubung hasil penelitian serta pemantauan.  

"Melalui pemantauan, sehingga kini tiada apa-apa masalah, air yang dibekalkan pun tiada masalah setakat ini.

"Malah, tiada aduan berkaitan dengan masalah kesihatan daripada penduduk atau tok batin di perkampungan Orang Asli. Terkawal sepenuhnya," katanya kepada Bernama di sini.

Menurut Sivanesan, satu klinik bergerak juga diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk digerakkan dan bertindak jika diperlukan pada bila-bila masa.

Perak mempunyai lebih 60,000 Orang Asli yang tinggal di 256 perkampungan dengan penempatan terbesar iaitu 101 kampung terletak di kawasan Chenderiang, Tapah, kira-kira 65 kilometer dari sini. 

Sementara itu, Tok Batin Kampung Batu 9, Tapah, Osman Bah Ut berkata sebagai individu bertanggungjawab terhadap 157 penduduk, dia sentiasa menasihati sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan agar segera berjumpa doktor.

Tidak menolak perubatan alternatif, Osman, 47, berkata apapun usaha yang ingin diikhtiarkan, penduduk kampung dari suku kaum Semai di bawah tanggungjawabnya sering mengutamakan soal kesihatan.

"Kalau tidak sihat kami pergi ke hospital berjumpa doktor, biar doktor tentukan kami sakit apa dan bagi ubat.

"Tapi jika tidak sihat, pergi hospital dan doktor sahkan kami tiada penyakit, baru berubat cara lain," katanya yang telah 12 tahun menjadi Tok Batin di kampung tersebut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel