Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Terengganu ketatkan penguatkuasaan di jambatan angkat


Tarikh kemaskini: 17/06/2019





KUALA TERENGGANU, 17 Jun (Bernama) -- Tindakan lebih tegas akan diambil terhadap orang ramai yang tidak mematuhi aspek keselamatan dan peraturan jalan raya sepanjang laluan ke jambatan angkat atau ‘drawbridge’ selepas ia dibuka secara rasmi kelak.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ia termasuk penguatkuasaan terhadap sikap pengguna jalan raya yang meletak kenderaan di kawasan yang tidak sepatutnya.

"Sepanjang tempoh percubaan (2 Jun hingga semalam), kami lihat banyak perkara perlu ditambah baik antaranya tempat sesuai untuk orang ramai berhenti agar mereka boleh merakam video dan gambar dengan selamat.

"Namun, sikap sesetengah pengguna jalan raya yang sengaja meletak kenderaan di atas laluan basikal sedangkan terdapat parkir di kawasan berdekatan tidak boleh diterima… sikap itu perlu diubah dan kami akan tambah baik penguatkuasaan selepas ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sikap pengguna jalan raya yang sengaja meletak kenderaan mereka di laluan basikal di jalan pantai Seberang Takir di Kuala Nerus kerana dikhuatiri akan merosakkan proses penanaman rumput di laluan itu.

Ahmad Samsuri berkata proses penambahbaikan itu akan dilakukan sepanjang penutupan jambatan angkat bermula hari ini.

"InsyaAllah pembukaan rasminya akan dibuat secepat mungkin. Pagi tadi pun, saya terima laporan Jambatan Sultan Mahmud alami kesesakan… ini menunjukkan betapa pentingnya jambatan angkat ini dalam mengurangkan kesesakan di bandar raya ini," katanya.

Jambatan angkat bernilai RM248 juta itu merupakan yang keempat menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus selain Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Pulau Rusa dan Jambatan Pulau Sekati.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel