Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kelantan yakin kerajaan Persekutuan akan bayar royalti petroleum - Ahmad Yakob


Tarikh kemaskini: 17/06/2019





KOTA BHARU, 17 Jun (Bernama) -- Kerajaan Kelantan yakin kerajaan Persekutuan akan membuat pembayaran royalti petroleum kepada negeri itu walaupun telah beberapa kali diberi tempoh penangguhan, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Katanya kerajaan Kelantan setakat ini akan mengambil pendekatan menunggu keputusan terbaharu daripada kerajaan Persekutuan selepas semua prosedur berkaitan penarikan balik saman ke atas Petroliam Nasional Berhad (Petronas) selesai.

“Memang kita tidak diberikan satu tarikh tertentu mengenai pemberian royalti kepada Kelantan setakat ini namun saya yakin kerajaan persekutuan akan menunaikannya,” katanya ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-14 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Rozi Muhamad (PAS-Tendong) yang mahu mengetahui sama ada kerajaan negeri mendapat jaminan baharu daripada kerajaan Persekutuan berhubung pemberian royalti petroleum.

Ahmad turut menaruh keyakinan bahawa kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menyeleweng berhubung perkara itu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan Persekutuan akan menunaikan pembayaran balik royalti minyak itu pada bukan April lepas, sebaik sahaja selesai proses menarik balik saman terhadap Kerajaan Pusat dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) selesai.

Namun kerajaan Persekutuan masih menangguhkan bayaran itu bagi pendengaran semula kes penarikan balik saman berkenaan yang dijangka pada September ini.

Persidangan DUN bersambung esok.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel