Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JKM Kelantan bimbang kadar jenayah kanak-kanak di Kelantan meningkat


Tarikh kemaskini: 17/06/2019





TANAH MERAH, 17 Jun (Bernama) -- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kadar jenayah dalam kalangan kanak-kanak di negeri ini.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kanak-Kanak JKM Kelantan, Nurul Shafiqah Auni Abdullah berkata kembimbangan tersebut susulan terdapat peningkatan kadar jenayah melibatkan kanak-kanak direkodkan oleh pihaknya.

"Januari sehingga Mac tahun ini kita merekodkan 153 kes jenayah kanak-kanak dan ia menunjukkan peningkatan sebanyak 21 peratus berbanding 559 kes sepanjang Januari sehingga Disember tahun lepas.

"Kami mendapati jenayah dadah merupakan antara tertinggi melibatkan kanak-kanak di negeri ini iaitu terjebak dalam jenayah ini seawal usia 10 tahun sekali gus terlibat dengan jenayah mencuri dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian kempen Sahabat Bijak, Safe & Protect di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Suria 1 di sini, hari ini.

Nurul Shafiqah berkata kadar jenayah dadah paling tinggi berikutan negeri ini berada berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand menyebabkan bekalan mudah didapati.

"Oleh itu kami perlu lebih pantas memainkan peranan dengan memberikan informasi bagi mencegah kanak-kanak di negeri ini supaya tidak terlibat dengan jenayah dadah," katanya.

Beliau berkata selain jenayah dadah, kanak-kanak masa kini turut mudah terlibat dengan jenayah seksual sehingga berlaku jenayah pembuangan bayi.

"Maklumat yang negatif yang didedahkan di media sosial menyumbang kepada berlakunya pergaulan bebas iaitu melibatkan kanak-kanak dengan orang terdekat sama ada rakan di sekolah dan kenalan terdekat.

"Mereka  perlu diberi pendedahan sewajarnya kerana mereka mudah terpengaruh dengan perkembangan teknologi sehingga kadangkala maklumat yang mereka dapat melebihi kami dan orang dewasa," katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Usaha promosi produk tempatan melalui e-dagang langkah tepat - Saifuddin

 
     

Pesakit kanser tahap empat tangguh rawatan akibat kekangan kewangan

 
     

Sukarelawan sepenuh masa APM bakal terima perlindungan Perkeso

 
     

Aduan kebersihan tandas KLIA berkurang 80 peratus

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel