Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Orang Asli: Nasri masih kritikal di HRPZII


Tarikh kemaskini: 16/06/2019





KOTA BHARU, 16 Jun (Bernama) -- Seorang pesakit anak Orang Asli, Nasri Rosli, 3, yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), masih dalam keadaan kritikal.

“Hari ini masuk hari kelapan kanak-kanak ini dirawat di HRPZII, pesakit masih kritikal dan memerlukan sokongan mesin pernafasan,” kata Pengarah HRPZII, Datuk Dr Selasawati Ghazalinya kepada pemberita di HRPZII di sini hari ini. 

Katanya, bapa pesakit Rosli Jong, 30, turut dimasukkan ke hospital yang sama akibat jangkitan paru-paru tetapi sudah diisytihar bebas jangkitan itu, namun masih di bawah pemantauan. 

Sementara itu, Rosli berkata dia bersyukur apabila diisytihar bebas daripada jangkitan radang paru-paru namun dalam masa yang sama sedih apabila mengenangkan anak bongsunya masih di tempatkan di PICU. 

Katanya, anak bongsunya daripada lima beradik itu sudah lapan hari berada di PICU hospital berkenaan setelah dipindahkan dari Hospital Kuala Krai.

Rosli berkata dia tidak tahu punca sebenar penyakit tetapi menurutnya dia dan penduduk lain menggunakan air tandak (air bukit) yang didakwa telah tercemar. 

“Ekoran daripada itu menyebabkan saya dirawat di HRPZ II selama enam hari selepas mengalami sakit kepala, tekak dan dada sehingga menyukarkan untuk bernafas,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Henry Golding tersenarai dalam Time 100 Next

 
     

Produk plastik satu daripada industri paling rancak di Malaysia - Dr Ong

 
     

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel