Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kementerian Pendidikan mahu tambah kelas PPKI


Tarikh kemaskini: 16/06/2019





JOHOR BAHRU, 16 Jun (Bernama) -- Kementerian Pendidikan bercadang menambah bilangan kelas bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah arus perdana di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata usaha itu dilihat dapat memberi kemudahan kepada ibu bapa menghantar anak-anak mereka yang berkeperluan khas mendapatkan pendidikan PPKI.

Katanya setakat ini terdapat 1,545 sekolah kebangsaan (SK) dan 830 sekolah menengah kebangsaan (SMK) yang mempunyai kelas PPKI di negara ini.

“Memang hasrat kita untuk tambah, ia dapat menampung lebih banyak murid berkeperluan khas dan ibu bapa juga senang untuk cari kelas berdekatan rumah mereka.

“Sasaran kita setiap daerah sekurang kurangnya ada (PPKI) kerana kita mahu lihat lebih banyak program itu ditawarkan,” katanya dalam sidang media selepas melawat tapak projek pembinaan SMK Pulai Jaya, di sini, hari ini.

Turut hadir Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulai, Zainal Buang.

Teo yang juga Anggota Parlimen Kulai berkata usaha menambah kelas PPKI juga bagi memastikan pelajar berkeperluan khas berpeluang menimba ilmu di sekolah biasa.

“Kita percaya dan kajian menunjukkan kalau kita biarkan mereka dengan pelajar biasa dan bercampur akan lebih baik untuk kedua-dua kumpulan dan menepis segala stigma mengenai mereka,” katanya.

Mengenai pembinaan SK Pulai Emas dan SMK Pulai Jaya, beliau berkata kedua-dua sekolah berkenaan dijangka dapat beroperasi pada 1 Julai 2020.

Katanya setakat ini proses pembinaan SK Pulai Emas yang berkeluasan 2.2 hektar sudah siap sebanyak 52 peratus manakala SMK Pulai Jaya  yang  berkeluasan 3.7 hektar pula siap 43 peratus.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel