Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Orang Asli Kuala Koh kembali pulang semula ke rumah


Tarikh kemaskini: 16/06/2019





GUA MUSANG, 16 Jun (Bernama) -- Sebilangan besar daripada lebih 100 penduduk Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh di sini yang sebelum ini  berpindah ke hutan selepas berlaku masalah penyakit sejak lebih sebulan lepas, mula pulang ke rumah mereka.

Mereka mulai pulang ke rumah asal yang dibina di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sejak dua hari lepas setelah yakin bahawa penyakit itu tidak lagi menular.

Seorang penduduk Orang Asli, Kulim Tebu, 72, berkata dia percaya penyakit itu tidak lagi merebak, malah dia dan penduduk juga sudah boleh mendapatkan kemudahan air bersih yang boleh digunakan sepanjang masa. 

Katanya, dia bersama penduduk lain sebelum ini terpaksa berpindah dan tinggal di dalam khemah di kawasan hutan serta pinggir sungai kerana kampung itu telah terputus bekalan air bersih bagi keperluan harian. 

"Kami juga rasa lega dapat balik semula ke rumah dan semua kemudahan air bersih sudah disediakan pelbagai agensi kerajaan," katanya. 

Seorang lagi penduduk Orang Asli, Mamat Pokok, 21, pula berkata sebelum ini memang ada keperluan air bersih disediakan tetapi berlaku masalah seperti kerosakan paip yang menyebabkan penduduk terpaksa mencari sumber air sendiri. 

Katanya disebabkan itu, penduduk terpaksa membina khemah di tepi sungai bagi memudahkan urusan  mendapat air bagi keperluan harian. 

"Kami balik semula semalam bersama keluarga termasuk ibu bapa dan adik-beradik selepas semua kemudahan khususnya air bersih disediakan," katanya.

Mamat berkata agensi dan jabatan kerajaan yang berkaitan perlulah mengambil perhatian setiap masa bagi menyelesaikan segala masalah dihadapi kaumnya.

Penduduk di kampung itu kini berdepan isu dengan dua kematian akibat penyakit radang paru-paru dan 12 lagi kematian yang masih belum disahkan penyakit mereka sejak sebulan lepas.

Selain itu, lebih 100 orang telah menerima rawatan manakala empat dilaporkan masih kritikal iaitu tiga di Hospital Kuala Krai dan seorang di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel