Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan reman enam lelaki esok, terlibat rusuh guna kayu di Tawau


Tarikh kemaskini: 16/06/2019





TAWAU, 16 Jun (Bernama)  -- Polis menahan lima lelaki hari ini bagi membantu siasatan insiden merusuh serta memukul menggunakan kayu di terminal bas di Jalan Stephen Tan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Ak Umbuas berkata lima lelaki itu ditahan pada 1.45 tengah hari tadi di hadapan Pondok Polis Kampung Titingan di sini.

“Semalam, seorang lelaki juga ditahan pada 6.38 petang di Balai Polis Tawau, dan kita masih mencari tiga suspek yang masih bebas,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya perintah tahanan reman ke atas keenam-enam suspek akan dipohon esok mengikut Seksyen 117 Kanun Tata Cara Jenayah.

Dalam pada itu, Peter berkata kejadian 4 petang itu turut tular di media sosial sejak semalam dan seorang mangsa yang dipukul membuat laporan polis pada 6.40 pagi ini.

Menurut Peter, kejadian berpunca apabila semasa menunggu bas, mangsa mendekati seorang lelaki yang berada di tandas stesen bas lalu menarik rantai jenis perak lelaki itu sehingga putus, dan lelaki berkenaan mengadu kepada abangnya.

“Abangnya  kemudian bertemu mangsa untuk mendapatkan penjelasan namun mangsa bertindak menumbuk lelaki itu, adiknya pula kemudian memukul mangsa menggunakan sebatang kayu.

“Empat rakan mangsa cuba meredakan keadaan tetapi berlaku pergaduhan beramai-ramai antara rakan mangsa dan rakan lelaki itu," katanya.

Peter berkata berikutan kejadian itu, mangsa mengalami luka di telinga kiri.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel