Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Felda Taib Andak bakal dijadikan hab pengeluaran madu kelulut


Tarikh kemaskini: 16/06/2019





KULAI, 16 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri bercadang untuk menjadikan Felda Taib Andak, di sini, sebagai hab pengeluaran madu kelulut di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri Tosrin Jarvanthi berkata ini adalah kerana, industri madu kelulut dilihat berpotensi besar untuk dimajukan di kawasan tanah rancangan Felda itu.

Untuk menjadikan rancangan itu satu realiti, setiap peserta akan diberi kursus dan juga latihan selama dua minggu bermula bulan hadapan

“Melalui usaha ini, setiap rumah di sini akan dibekalkan sekurang-kurangnya satu sarang kelulut.

“Setakat ini,  kita juga telah mengumpulkan seramai 25 peserta yang juga merupakan  pengusaha kelulut dari sekitar daerah Kulai,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di sini, hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Permai itu berkata usaha bagi menjadikan Felda Taib Andak yang mempunyai lebih 5,000 penduduk itu sebagai hab pengeluaran madu kelulut  turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pertanian dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI).

Sementara itu, Tosrin berkata pihaknya sedang melihat kawasan-kawasan tanah yang kosong milik agensi kerajaan negeri untuk dibangunkan dengan menanam durian.

“Antara kawasan sedia ada adalah daerah Mersing, jenis durian pula kita akan ambil  jenis yang asli  bukan musang king dan sebagainya,” kata Tosrin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai sama ada kerajaan negeri mempertimbangkan mengenai menanam lebih banyak durian di Johor memandangkan terdapat peningkatan terhadap permintaan durian bukan sahaja dalam negara tapi dari luar negara.

-- BERNAMA

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel