Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PPM tahan PATI, individu lesen tamat tempoh di Tawau


Tarikh kemaskini: 16/06/2019




TAWAU, 16 Jun (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan dua pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan Laut Batu 4 dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata sewaktu anggota PPM bertugas dalam rondaan Op Gelora pada 3.30 petang, PATI warga Indonesia berumur 55 dan 38 tahun di dalam sebuah bot pam ditahan dan diperiksa.

"Hasil pemeriksaan itu, kedua-duanya gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, di lokasi berhampiran, seorang lelaki tempatan yang mengendalikan sebuah bot turut ditahan atas kesalahan menggunakan lesen perikanan bot yang tamat tempoh.

Mohamad Pajeri berkata kesemua tahanan itu dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/1963 serta Akta Perikanan 1985.

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel