Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pesawad sokong pilih anak Melaka sebagai Yang Dipertua Negeri


Tarikh kemaskini: 16/06/2019




MELAKA, 16 Jun (Bernama) -- Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad) di sini menyokong sebarang cadangan agar kerajaan negeri mencalonkan anak Melaka sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka yang baharu.

Pengerusinya Khalid Hussin berkata pihaknya menyambut baik saranan itu namun turut mencadangkan calon dipilih seharusnya bukan dalam kalangan ahli politik bagi memastikan Yang Dipertua Negeri Melaka dapat menjalankan tugasnya dengan baik tanpa campur tangan parti politik.

“Calon yang dipilih nanti sebaik-baiknya mempunyai latar belakang keluarga berkaitan dengan pemimpin pada zaman Kesultanan Melayu Melaka,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai hakikat bahawa sejak negara Merdeka pada 1957, anak Melaka tidak pernah dilantik ke jawatan tertinggi negeri ini iaitu Yang Dipertua Negeri Melaka.

Beliau berkata calon Yang Dipertua Negeri Melaka juga perlu mempunyai sifat kepimpinan unggul seperti amanah, bertanggungjawab, berilmu pengetahuan, merendah diri, tegas dan lain-lain.

Khalid berkata Pesawad berhadap calon jawatan Yang Dipertua Negeri Melaka yang baru dilantik mampu menjaga rakyat dan memikul tanggungjawab dengan baik sepertimana yang dilakukan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka sebelum ini.

Bernama melaporkan kerajaan negeri masih belum membincangkan soal untuk mencadangkan lanjutan tempoh lantikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, atau mencadangkan calon bagi mengantikan Mohd Khalil yang bakal tamat tempoh lantikannya tahun hadapan.

Pada Jumaat lepas, Ketua Menteri Adly Zahari juga dilaporkan berkata kerajaan negeri masih belum menetapkan kriteria anak Melaka akan dimasukkan sebagai syarat lantikan jawatan Yang Dipertua Negeri Melaka kerana masih belum ada keperluan untuk berbuat demikian.

Pada 27 Mei 2016, Mohd Khalil mengangkat sumpah untuk penggal keempat sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka. Tempoh sepenggal sebelum ini adalah selama empat tahun.

Mohd Khalil yang berasal dari Kuantan, Pahang pertama kali mengangkat sumpah jawatan itu pada 4 Jun 2004 bagi menggantikan Tun Syed Ahmad Syed Mahmud Shahabudin. Isteri Mohd Khalil iaitu Toh Puan Zurina Kassim berasal dari Duyong, Melaka.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel