Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ukiran jed "Hsing Ma Si"  diiktiraf Malaysia Book Of Records sebagai terbesar dalam negara


Tarikh kemaskini: 15/06/2019





JOHOR BAHRU, 15 Jun (Bernama) -- Ukiran jed yang dipanggil Hsing Ma Si di Pusat Pendidikan Fo Guang Shan di sini, yang diiktiraf sebagai ukiran jed terbesar negara oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) hari ini, dijangka bakal menjadi tarikan terbaru untuk industri pelancongan di Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung  berkata ukiran jed buatan tangan yang berunsurkan agama Buddha itu, mempunyai keunikan tersendiri dan mampu menjadi salah satu produk pelancongan budaya negeri.

Menurut beliau, trend pelancongan sekarang di seluruh dunia tidak terhad mengikut agama dan budaya.

“Pelancong juga sekarang lebih berminat untuk melancong ke tempat yang mereka boleh mempelajari budaya dan agama lain.

“Saya percaya dengan anugerah MBOR ini akan menjadikan ia (Hsing Ma Si) sebagai salah satu tempat pelancongan yang signifikan di sini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ukiran jed berkenaan, di sini, hari ini.

Ukiran jed  yang bergelar “Map of Humanistic Buddhism” sepanjang 33.21 meter dan berketinggian 9.41 meter itu memakan masa tiga tahun untuk dihasilkan dengan penglibatan 50 juru ukir.

Ia turut memaparkan 200 karakter yang dipercayai memperlihatkan nilai murni, budaya, pendidikan agama Buddha dan sebagainya.

Sementara itu, Liow berkata  pemain industri pelancongan juga digalakkan untuk turut bekerjasama dalam mempromosikan tarikan terbaru berkenaan.

“Saya juga berharap pihak Fo Guang Shan juga bersedia untuk menerima kunjungan pelancong dari seluruh dunia.

“Ukiran jed itu bakal memberi keistimewaan bagi Tahun Melawat Johor pada tahun hadapan,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel