Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MPKK diminta bantu kesan pendawaian elektrik elak kebakaran


Tarikh kemaskini: 15/06/2019





BAGAN SERAI, 15 Jun (Bernama) -- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Parlimen Bagan Serai diminta mengesan rumah-rumah kampung yang mempunyai sistem pendawaian melebihi 20 tahun untuk diganti segera bagi mengelak berlaku litar pintas yang boleh menyebabkan kebakaran.

Anggota Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata berkata hari ini  terdapat beberapa saluran seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Giat Mara yang dapat membantu memperbaiki serta menukar sistem pendawaian lama kepada baharu. 

"Saya difahamkan terdapat tiga kebakaran berlaku di Parlimen Bagan Serai dalam bulan Ramadan dan Syawal disebabkan litar pintas," katanya ketika melawat sebuah rumah yang terbakar di Tebuk Matau di sini.

Dalam kejadian 4.40 petang semalam, Samsol Baharin Mohd Saat,51, sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah papan miliknya musnah dalam kebakaran itu.

Kejadian berlaku ketika Samsol Baharin bersama penduduk kampung sedang mempersiapkan dewan orang ramai di sebelah rumahnya untuk kegunaan jamuan raya penduduk kampung itu.

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     

Ibu negara Indonesia di Kalimantan: Sarawak, Sabah terima tempias positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel