Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis bawa keluar satu lagi mayat Orang Asli


Tarikh kemaskini: 15/06/2019





GUA MUSANG, 15 Jun (Bernama) -- Polis hari ini membawa keluar satu lagi mayat Orang Asli suku Batek yang ditanda pada Rabu lepas untuk menjalani bedah siasat di Hospital Gua Musang, kira-kira pukul 4 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Mohd Taufik Maidin berkata mayat tersebut dikenali sebagai Mek Nab a/p Tebu, 63, dan didakwa meninggal pada 2 Mei lepas.

"Pada hari ini, tiga pasukan yang ditugaskan untuk mengeluarkan mayat yang telah ditanda pada Rabu lepas namun hanya satu pasukan berjaya dalam misi mereka kerana kita mengalami kesukaran berikutan hujan pada malam tadi, menyebabkan bot dua kumpulan pencari tidak dapat diturunkan ke sungai," katanya ketika ditemui pemberita di Felda Aring 10 di sini, hari ini.

Ditanya mengenai operasi mengesan empat mayat yang disemadikan di Hulu Sungai Lebir, Mohd Taufik berkata dua pasukan yang ditugaskan telah berjaya mengenal pasti kawasan terbabit.

"Jarak dua mayat pertama terletak kira-kira dua jam perjalanan menaiki bot dan satu jam berjalan kaki manakala dua lagi mayat disemadikan kira-kira dua jam 15 minit menaiki bot dan satu jam berjalan kaki.

"Keempat-empat mayat dipercayai dikenali sebagai Puspa a/p Li, 5; Amir a/l Li, setahun; Haikal a/l Rahim, 22, dan Farah a/p Rahim, 20," katanya.

Beliau berkata kesemua mayat akan dikeluarkan secara berperingkat-peringkat namun turut mengambil kira pelbagai faktor semasa.

Masyarakat Orang Asli suku Batek yang tinggal di Kampung Kuala Koh di sini, mula menjadi perhatian selepas 14 daripada mereka dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Namun hasil bedah siasat terhadap dua mayat sebelum ini mendapati mangsa meninggal dunia akibat jangkitan radang paru-paru (pneumonia).

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel