Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Melaka mahu tarik lebih ramai pelancong Belanda


Tarikh kemaskini: 15/06/2019





MELAKA, 15 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri Melaka akan terus memperkukuh hubungan dua hala dengan Belanda dalam pelbagai bidang khususnya pelancongan dalam usaha mempromosi Melaka dan menarik kedatangan lebih ramai rakyat di negara itu.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Melaka, Datuk Tey Kok Kiew berkata Melaka dan Belanda mempunyai beberapa persamaan terutama daripada aspek tinggalan sejarah dan hubungan diplomatik antara kedua-dua pihak telah terjalin sejak 1641.

"Melaka sendiri mempunyai satu tapak tinggalan sejarah kerajaan Belanda pada zaman jajahan yang kini menjadi antara ikon pelancongan yang boleh menarik kedatangan pelancongan dari negara itu dan berdasarkan rekod, jumlah kedatangan pelancong Belanda ke Melaka pada tahun lepas ialah sekitar 21,000 orang.

"Kita di peringkat kerajaan negeri akan terus memelihara dan memulihara tinggalan sejarah ini sebagai satu aset untuk industri pelancongan dan juga tatapan generasi masa hadapan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Hari Belanda 2019 di Melaka di Kompleks Stadthuys Bandar Hilir di sini, hari ini.

Pada program itu, kerajaan Belanda menerusi Duta Besar Belanda ke Malaysia Karin Mossenlechner menghadiahkan tiga replika lembu kepada kerajaan negeri Melaka sebagai tanda persabahatan antara kedua-dua pihak. 

Mengulas lanjut, Tey berkata selain itu Melaka juga berminat untuk belajar daripada Belanda tentang pengurusan banjir memandangkan negara itu yang terletak di kawasan tanah rendah mempunyai pengurusan yang baik dalam mengelak berlaku banjir.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel