Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Siswazah lepasan diploma digalak sertai TUDM


Tarikh kemaskini: 15/06/2019





IPOH, 15 Jun (Bernama) -- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggalakkan  siswazah baharu  yang berkelulusan  diploma menyertai pasukan berkenaan, kata Panglimanya, Jeneral Tan Sri Affendi Buang,

Beliau berkata dengan penyertaan lebih ramai siswazah lepasan diploma, ia dapat menjadikan anggota TUDM lebih berkualiti dan berkelayakan selain mereka akan memperoleh bayaran gaji serta elaun lebih tinggi berbanding menyertainya dengan hanya kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Di samping itu, mereka (siswazah lulusan diploma) akan menjalani latihan ketenteraan dalam jangka masa pendek sahaja dan ini sekali gus memberi kelebihan kepada mereka untuk mencapai tahap atau lesen kepakaran dalam masa yang singkat sahaja.

"Pada masa yang sama dengan kelayakan (tinggi) yang ada, ia dapat memberi peluang  kepada mereka untuk menjalani kursus ketenteraan di dalam dan luar negara," katanya 

Affendi berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TUDM Siri 60/2019 di Akademi Tentera Udara Ipoh di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 336 perajurit muda udara termasuk 42 pelatih wanita menamatkan latihan asas ketenteraan selama enam bulan yang bermula sejak 1 Januari lalu dengan pelbagai latihan asas ketenteraan seperti kawad kaki, pengendalian senjata, latihan menembak, merentas halangan dan latihan hutan.

Selain itu, perajurit muda turut didedahkan dengan pelbagai modul akademik antaranya peranan dan organisai TUDM, pengetahuan am keselamatan dan tata tertib, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan etika tentera.

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel