Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Empower ECER lakukan inisiatif Orang Asli guna sumber air sungai


Tarikh kemaskini: 15/06/2019





KOTA BHARU, 15 Jun (Bernama) -- Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) mengambil inisiatif supaya Orang Asli berhati-hati menggunakan air sungai berhampiran tempat tinggal mereka.

Pengarah Program Empower ECER - Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia (PKSM) Surain Kanda berkata, atas inisiatif tersebut, pihaknya memberi kesedaran mengenai bahaya 'Tom Jebek' yang bermaksud air sungai tercemar dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

"Program 'Orang Kita Sihat Ceria' diadakan Empower ECER Jeli berikutan air sungai adalah sumber utama yang digunakan oleh komuniti Orang Asli di negara ini.

"Ini adalah salah satu program inisiatif yang dilakukan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku berikutan penduduk di situ banyak menggunakan air sungai untuk mandi dan sumber minuman termasuk di Sungai Rual," katanya.

Program itu mendapat kerjasama dari Hospital Jeli, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Jeli, Klinik Kesihatan Daerah Jeli dan Sekolah Kebangsaan Sungai Rual.

Kata Surain kempen kesedaran tersebut memberi penekanan langkah-langkah terhadap pencegahan penyakit bawaan air dan makanan tercemar.

"Pendedahan diberikan supaya komuniti Orang Asli tahu tanda pencemaran sungai yang mungkin datang dari buangan sisa perlombongan dan pembalakan yang menyebabkan air bawah tanah tercemar sekaligus mendatangkan penyakit wabak.

"Pihak berkaitan perlu sentiasa memantau dan beri peringatan kepada masyarakat Orang Asli supaya berwaspada menggunakan punca air," katanya.

Menurutnya, Empower ECER Jeli sentiasa berwaspada terhadap Orang Asli Sungai Rual berikutan berlaku kematian kaum suku Batek di Kuala Koh sejak Mei lalu.

Katanya biarpun semalam pihak Kementerian Kesihatan mengumumkan penyakit yang dialami penduduk Kuala Koh bukan disebabkan bawaan air, tetapi pihaknya tetap mengadakan program berkenaan bagi mengelak kes seumpama itu berulang dalam kalangan Orang Asli mana-mana tempat.

"Memang mereka jadikan sungai sebagai punca air utama dalam kehidupan seharian, jadi kempen peringatan perlu ada dari semasa ke semasa," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel