Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jumlah pesakit Orang Asli meningkat kepada 112 orang sehingga semalam


Tarikh kemaskini: 15/06/2019





GUA MUSANG, 15 Jun (Bernama) -- Jumlah Orang Asli suku Batek yang dijangkiti penyakit tidak diketahui puncanya meningkat seramai sembilan pesakit kepada 112 orang pada semalam berbanding 103 orang pada Khamis lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Dr Zaini Hussin berkata empat pesakit masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), masing-masing seorang di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan tiga pesakit di Hospital Kuala Krai (HKK).

"Sementara itu, seramai 48 pesakit dirawat di wad biasa di HKK dan Hospital Gua Musang (HGM) manakala 19 pesakit ditempatkan di Rumah Inap Kesihatan Orang Asli (RIKA) Gua Musang di sini.

"Baki 41 pesakit pula telah menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata statistik tersebut hanya merangkumi dua kematian yang telah disahkan sahaja dan tidak membabitkan 12 kematian yang lain.

Masyarakat Orang Asli suku Batek mula menjadi perhatian selepas 14 daripada mereka dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Namun hasil bedah siasat terhadap dua mayat sebelum ini mendapati mangsa meninggal dunia akibat jangkitan radang paru-paru (pneumonia).

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel