Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Muslimat PAS perlu kuasai media sosial


Tarikh kemaskini: 15/06/2019





KUANTAN, 15 Jun (Bernama)  -- Muslimat PAS perlu menguasai media sosial agar dapat berperanan  menangkis sebarang serangan propaganda negatif terhadap parti, kata Ketua Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh.

Beliau berkata ini kerana dapatan  daripada post morterm PIlihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mendapati  serangan media sosial merupakan faktor penyumbang tertinggi iaitu 75 peratus terhadap kekalahan PAS pada PRU14.

Beliau percaya walaupun muslimat PAS tidak ketinggalan dalam perkembangan media sosial namun masih terdapat perkara yang mereka terlepas pandang dalam perkara tersebut. 

"Kita mungkin terlepas pandang peranan yang sepatutnya dimainkan muslimat menerusi media sosial hingga tidak merebut peluang dalam lapangan ini dan tidak diberikan peranan serius. 

“Tiada usaha bersepadu dan berfokus, bersikap reaktif tanpa sebarang perancangan dan pendedahan dalam kemahiran menguasai media sosial khususnya dalam membuat jaringan kerjasama dengan entiti lain seperti Penerangan PAS Pusat dan Dewan Pemuda," katanya. 

Nuridah berkata demikian semasa berucap pada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS ke-59 yang dirasmikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini, hari ini.

Nuridah berkata muslimat PAS juga perlu menguasai media massa yang menjadi medium utama masyarakat memperoleh maklumat dan parti itu kini sering menghadapi pelbagai bentuk serangan propaganda. 

"PAS dijaja dengan gambaran buruk sebagai parti ekstrem dan sempit. Serangan propaganda dan dakyah yang menimpa PAS sekiranya tidak ditangkis dan ditangani dengan bijak mampu mempengaruhi kaum wanita sebagai pengundi majoriti dalam pilihan raya umum," katanya. 

Mengulas usaha penyatuan PAS-UMNO, Nuridah berkata agenda besar itu perlu dirancang dengan penuh teliti supaya agenda Al-Quran dan Sunnah dapat dikongsi bersama, selain Dewan Muslimat PAS lebih aktif  dalam memainkan peranan untuk menyakinkan Wanita UMNO. 

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel