Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

14 syarikat penuhi kriteria eksport buah Musang King ke China


Tarikh kemaskini: 15/06/2019





JOHOR BAHRU, 15 Jun (Bernama) -- Sebanyak 14 syarikat tempatan didapati memenuhi kriteria untuk mengeksport durian Musang King Malaysia dalam bentuk buah sempurna ke China.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata pihaknya dan juga Kementerian Kesihatan telah membuat penilaian dan mendapati syarikat-syarikat ini memenuhi kriteria dan piawaian yang telah ditetapkan oleh General Administration of Customs of People’s Republic of China (GACC).

“Daripada 14 syarikat ini, tujuh telah dilawati GACC. Syarikat yang dipilih untuk mengeksport durian Musang King untuk fasa pertama ini akan diumumkan Isnin ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Pulai anjuran Pakatan Harapan Parlimen Pulai, di sini hari ini.

Salahuddin berkata ini merupakan satu kejayaan besar bagi kementeriannya dan kementerian berkaitan memandangkan keputusan untuk mengeksport buah berkenaan dalam bentuk buah sempurna, diperoleh dalam masa yang singkat.

Bagaimanapun, beliau berkata masih ada peluang bagi syarikat-syarikat yang tidak terpilih untuk mengeksport durian berkenaan sekiranya tidak terpilih pada fasa pertama ini. 

Selain eksport durian Musang king secara buah sempurna, beliau berkata potensi eksport durian turut boleh diperkembangkan dengan lebih meluas melalui produk hiliran berasaskan durian memandangkan pasaran China yang besar dan luas.

Meskipun begitu, kementerian juga akan memastikan bekalan untuk pasaran tempatan tetap terpelihara.

Sementara itu, Anggota Parlimen Pulai itu berkata kesemua bekalan barangan kawalan sempena sambutan Aidilfitri dan Hari Gawai adalah mencukupi.

Ini adalah hasil kerjasama dua kementerian serta agensi-agensi berkaitan yang bertungkus lumus dalam memastikan bekalan barangan makanan adalah mencukupi selain harga kawalan sentiasa diikuti, katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel