Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

14 kematian akibat denggi di Johor sehingga 14 Jun


Tarikh kemaskini: 14/06/2019





KLUANG, 14 Jun (Bernama) -- Empat belas kematian akibat denggi dicatatkan di negeri ini bermula awal tahun hingga ke hari ini, dengan tiga kes terbaru berlaku di Taman Sri Lambak, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata kematian itu meningkat sebanyak 100 peratus berbanding hanya tujuh kes dalam tempoh sama, tahun lepas.

 “Selain terdapatnya kematian, di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) kini terdapat empat pesakit yang masih mendapat rawatan rapi termasuk dua kanak-kanak,” katanya dalam sidang media sejurus selesai melawat kawasan yang diisytiharkan wabak denggi di Taman Sri Lambak di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Selahuddeen Abdul Aziz.

Mohd Khuzzan berkata trend peningkatan juga dilihat pada jumlah kes denggi yang dilaporkan iaitu 4,388 kes dicatat dari awal tahun hingga ke hari ini berbanding bagi tempoh yang sama pada tahun lepas, hanya 2,263 kes.

“Kami dapati antara punca kes denggi ini terjadi adalah kerana kehadiran rumah kosong di taman-taman perumahan, serta sikap individu itu sendiri yang tidak membersihkan kediaman masing-masing.

“Akibat tidak menjaga kebersihan, kesannya adalah seperti daerah Kluang yang mendapat 267 kes dengan tiga kematian,” katanya dalam sidang media sejurus selesai melawat kawasan yang diisytiharkan wabak denggi di Taman Sri Lambak di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Selahuddeen Abdul Aziz.

 Mengulas lanjut, Mohd Khuzzan berkata di kawasan Taman Sri Lambak sahaja, terdapat 400 rumah kosong dikesan yang meningkatkan risiko kepada pembiakan nyamuk aedes.

Justeru untuk menghapuskan punca pembiakan nyamuk itu, pihaknya kata beliau, akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melakukan pelbagai inisiatif.

Inisiatif ini termasuk menampal notis peringatan di rumah tersebut agar pemilik rumah dapat diingatkan untuk membuat kerja-kerja pembersihan.

“Sekiranya tiada aktiviti pembersihan oleh tuan punya rumah, berkemungkinan rumah berkenaan akan disita oleh PBT,” tambahnya.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel