Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga sekeluarga maut kemalangan di Kuantan


Tarikh kemaskini: 14/06/2019





KUANTAN, 14 Jun (Bernama) -- Tiga sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pelbagai guna yang berada di laluan bertentangan di Jalan Kuantan-Pekan, berhampiran Kampung Cherok Paloh di sini, hari ini. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata kejadian pada 4 petang itu menyebabkan semua mangsa yang menaiki kereta Proton Saga maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. 

Mereka yang maut ialah pemandu kereta Nurul Jannah Bazlan, 24, anaknya Nursyaffina Qalesya Mohammad Solahuddin, 4, dan ibunya Asnawati Muslimin, 53. 

"Kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta dinaiki mereka dari arah Kuantan menuju ke Pekan memasuki laluan bertentangan dan merempuh Chery Eastar yang dinaiki pasangan suami isteri," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Kamarulzaman berkata kemalangan menyebabkan seorang lagi anak Nurul Jannah, Muhammad Syamil Aqmal, setahun, dan adik Nurul Jannah, Nurul Syaffiya, 17, yang duduk di tempat duduk penumpang belakang cedera. 

Pasangan suami isteri tersebut Nasran Samsudin, 50, dan Masnida Muda, 46, yang berasal dari Kampung Pulau Tambun, Pekan cedera dan kini dirawat di Hospital Pekan. 

"Kemalangan menyebabkan kereta Proton Saga itu remuk keseluruhan di bahagian hadapan," katanya. 

Kamarulzaman berkata jenazah tiga sekeluarga yang berasal dari Kampung Ketapang Tengah, Pekan, dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, untuk bedah siasat. 

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel