Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Amanah Finance House tawar pinjaman mikro kredit pada awal 2020


Tarikh kemaskini: 14/06/2019





MELAKA, 14 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri melalui Amanah Finance House akan menawarkan pinjaman kewangan kepada perniagaan kecil dengan saiz pinjaman bermula dari RM3,000 hingga RM50,000 pada awal tahun depan, kata Ketua Menteri Melaka Adly Zahari.

Beliau berkata pinjaman itu untuk membantu dan meringankan beban golongan usahawan kecil terutamanya yang baharu berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Katanya langkah tersebut selaras dengan inisiatif kerajaan negeri untuk mempelbagaikan pinjaman kewangan untuk rakyat negeri itu dalam pelbagai aspek kehidupan.

"Mikro kredit akan diperkenalkan untuk golongan usahawan kecil selain pinjaman perumahan yang ditawarkan sebagai permulaan dan model pinjaman ini masih lagi dalam kajian.

"Kita perlu melihat dari pelbagai aspek khususnya peratus faedah yang bersesuaian dengan pinjaman yang ditawarkan," katanya kepada pemberita selepas Program Hari Bertemu Rakyat di sini, hari ini.

Pada program itu, sebanyak 36 aduan rakyat diterima melibatkan pelbagai isu antaranya tanah, pinjaman perniagaan dan pendidikan. 

Sementara itu, Adly berkata kerajaan negeri akan mempertimbangkan pinjaman pendidikan menerusi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka bagi pemohon yang bukan lahir di Melaka tetapi ibu dan bapa mereka merupakan anak kelahiran negeri itu.

Katanya pertimbangan itu perlu dibuat berikutan terdapat ibu bapa pemohon merupakan anak kelahiran Melaka yang berpendapatan sederhana.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel