Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Video lucah: Shamsul Iskandar beri keterangan kepada polis


Tarikh kemaskini: 14/06/2019





MELAKA, 14 Jun (Bernama) -- Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hadir ke Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini untuk memberi keterangan berhubung kes video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Shamsul Iskandar yang juga Anggota Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, beliau akan membantu polis memberi keterangan berhubung pembabitan Setiausaha Sulit Kanannya yang kini digantung tugas, Haziq Abdullah Abdul Aziz, yang turut dikaitkan dengan rakaman video itu.

“Pasukan polis Bukit Aman telah menghubungi pejabat saya semalam meminta supaya saya dapat menghadirkan diri ke balai polis untuk memberikan keterangan pada 6.30 petang ini dan membantu siasatan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Parlimen Hang Tuah Jaya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini hari ini. 

Turut hadir Presiden PKR yang juga Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shamsul Iskandar berkata kali terakhir beliau menghubungi Muhammad Haziq adalah pada Selasa lepas iaitu selepas pulang dari Yangon atas urusan rasmi, dan sehari selepas itu beliau cuba menghubungi bekas setiausaha sulitnya itu menerusi khidmat aplikasi WhatsApp namun tiada sebarang respons.

Sebelum ini, tular di media sosial video lucah kononnya membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan seorang lagi lelaki serta dakwaan kononnya sejumlah wang sebuah syarikat disalurkan ke akaun milik menteri itu.

Semalam, Haziq digantung tugas serta-merta sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama kerana didakwa memburukkan imej dan reputasi kementerian. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel