Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan Haziq Abdullah di KLIA


Tarikh kemaskini: 14/06/2019





KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Haziq Abdullah Abdul Aziz, lelaki yang mengaku sebagai individu dalam video lucah dengan mengaitkan seorang menteri Kabinet, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, petang ini.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama itu ditahan bagi mengambil keterangan dan membantu siasatan kes video yang dikaitkan dengan dirinya.

“Bukit Aman akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung perkara itu,” katanya ketika dihubungi Bernama, malam ini.

Sebelum ini, Ketua Pemuda PKR Santubong berusia 27 tahun itu tampil membuat pengakuan menerusi satu video yang dikongsinya dalam media sosial bahawa dia terbabit dalam video intim bersama lelaki mirip seorang menteri.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel